Butang Asal

Thursday 28 June 2012

Jari anda : Suatu anugerah yang tidak disedari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh

diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Didibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan
kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi Menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada,semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang ???

Read more...

Renungan Kita Bersama

Assalamualaikum wbt.



Mengapa lidah kelu disaat kematian?

tetapi kematian itu pasti menjelma.

Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yg nazak,

hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... lidahnya

kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan

kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis

yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika

azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika

maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita

disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata

apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati

azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita

diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa

ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas

sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan

kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan

kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita

tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah... " yang

mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini

ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya

menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah

kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah

supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang

dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan

kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami

mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul

maut menghampiri kami.

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...







Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam

keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar

bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil

bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tetapi

betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola

sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga

tetapi tidak ramai yang berfikir

dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat

berantai' melalui e-mail tetapi apabila mengirimkan

yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2

atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI

MENJADI SEBAHAGIAN DARI

KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

Wallah hua'lam

Read more...