Butang Asal

Friday 11 May 2012

Rahsia Tersirat Sebalik Wudhuk

Assalamualaikum W.B.T. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih dikurniakan umur yang panjang. InsyaAllah hari ini cikgu Fuzaimie akan menceritakan sesuatu iaitu apa yg tersirat disebalik wuduk??
Sekadar untuk renungan bersama.



1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah
Kau hitamkan muka ku ini".

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab
ku di tangan kiri ku ini".

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di
padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim".

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan
hisab-hisabnya di tangan kanan.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan
hisab-hisabnya di tangan kiri.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam
matahari sejengkal di atas kepala.

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan
Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai
hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir
mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?. Pernahkah kita
terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat
Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan dan tubuh yang
kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH
TAALA.

0 comments:

Post a Comment